AssaLamMualaikUm

sabda Rasulullah SAW:

Cinta sejati adalah cintanya sepasang pengantin yang telah diredhai ALLAH dan didoakan seratus ribu malaikat penghuni langit. tiada perpaduan kasih yang lebih indah dari pernikahan..

Sabtu, 1 Mei 2010

Langkah tercipta..

alhamdulillah...segala2nya berjalan lancar semalam...kem kepimpinan magnet diri oleh Encik Amin Idris...seorang training consultant yang sangat profesional bagi ana tamat dengan jayanya...walaupun agak kurang sihat tapi ana teruskan juga menghadiri kursus tersebut..terima kasih kepada sahabat2 yang prihatin terhadap diri ini..hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang ana rasai...saat berhadapan dengan hambaNya yang satu itu...masya ALLAH...hebat syaitan menusuk hatiku..

namun, selepas tamatnya program tersebut ana seakan mendapat nafas baru..langkah turut tercipta untuk menerima dan move on...di akhir slot perbincangan malam tadi, di mana beliau menghuraikan quote 'Tiada Kejayaan Tanpa Usaha', beliau menceritakan tentang peristiwa yag diakui oleh semua agama di dunia, iaitu mengenai Nabi Ibrahim as yang terpaksa berkorban meninggalkan isteri dan anak yang tercinta kerana perlu pergi menunaikan perintah ALLAH SWT dan peristiwa penyembelihan anaknya, Nabi Ismail as..penerangan yang penuh beremosi tersebut telah banyak menuntun jiwa peserta...

MasyaALLAH...ana lihat sahabat ana, Tommy, mengalirkan airmatanya..subhanallah..malam yang begitu indah ana rasa..terasa diri ini hina..apalah sangat masalah ana jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan besar Nabi Ibrahim as dengan pengorbanan yang ana lakukan sekarang...mengalir luluh airmata ana kerana ana selama ini seakan mengeluh apabila diuji ALLAh...ampunkan ana ya Rabb...ana khilaf...

sayangnya, hamba ALLAH itu hanya bersama-sama menghadiri kem sehingga slot tengah hari sahaja kerana terpaksa beredar..ana ingin dia sama-sama mendengar kisah tersebut agar dia mengerti..tetapi ALLAh tidak memilih beliau untuk turut berada di situ..apa yang berlaku sepanjang beliau berada di situ biarlah menjadi rahsia ana..kerana untuk diceritakan di sini, jari ini sudah tidak mampu untuk menaip...patahnya jiwa ana bersama harapan palsu yang ditaburkan...

Ya Rabb, hamba Mu yang hina ini berserah diri padaMu..Kau ampuni segala kesilapan aku, Ya Rabb...aku banyak bermaksiat padaMu...mengabaikan perjuanganku...menzalimi diriku sendiri...Maha Suci Allah..peliharakan aku daripada kekecewaan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan