AssaLamMualaikUm

sabda Rasulullah SAW:

Cinta sejati adalah cintanya sepasang pengantin yang telah diredhai ALLAH dan didoakan seratus ribu malaikat penghuni langit. tiada perpaduan kasih yang lebih indah dari pernikahan..

Khamis, 6 Mei 2010

surat buat permaisuri hatiku....

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu,

Bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.


Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu.


Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku,

Bakal suamimu.

10 sifat wanita disukai lelaki

sekadar renungan buat kita semua...


Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona

sekali lagi....

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...kalimah itulah yang sering terzahir di bibir setiap kali hati ini lemah.. Ya Rabb..pada Mu aku menyerah...sering kali aku tewas dengan ujian Mu..kuatkan langkah kaki ku Ya Rabb...

sekali lagi hari ini ana membaca sesuatu yang telah menggoyahkan hati ini..apakah dia akan setia pada insan yang kusayangi ini? mampukah dia menjaga insan kesayanganku ini? jika dia mampu ana rela hati melepaskan insan kesayangan ana padanya..asalkan insan kesayangan ana mampu tersenyum sentiasa dan bergembira...ana rela mengundurkan diri..demi insan kesayangan ana...ana tidak rela untuk melihat dia menangis jika dia tahu kehadiran ana dalam perhubungan mereka...

ana pernah terbaca satu artikel...cinta tidak semestinya memiliki...cinta itu tidak bersyarat..if you love someone, let them go..if they come back to you..that is your true love....life is about to be sacrifice...the que is can i bear it? hahaha....you know the answer and you ask again?

beberapa hari ini ana happy kerana ana lupakan seketika masalah ini...ana elakkan dari berfikir tentangnya..Alhamdulilah...ana tenang...moga diberi ketenangan abadi...mungkin selepas ini ana harus utamakan perjuangan ana menegakkan ma'ruf di muka bumi Allah...itu lebih penting daripada perkara furu' ini....

Ya Rabb..tetapkan hatiku atas perjuangan ku mencari redha Mu...

Sabtu, 1 Mei 2010

Langkah tercipta..

alhamdulillah...segala2nya berjalan lancar semalam...kem kepimpinan magnet diri oleh Encik Amin Idris...seorang training consultant yang sangat profesional bagi ana tamat dengan jayanya...walaupun agak kurang sihat tapi ana teruskan juga menghadiri kursus tersebut..terima kasih kepada sahabat2 yang prihatin terhadap diri ini..hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang ana rasai...saat berhadapan dengan hambaNya yang satu itu...masya ALLAH...hebat syaitan menusuk hatiku..

namun, selepas tamatnya program tersebut ana seakan mendapat nafas baru..langkah turut tercipta untuk menerima dan move on...di akhir slot perbincangan malam tadi, di mana beliau menghuraikan quote 'Tiada Kejayaan Tanpa Usaha', beliau menceritakan tentang peristiwa yag diakui oleh semua agama di dunia, iaitu mengenai Nabi Ibrahim as yang terpaksa berkorban meninggalkan isteri dan anak yang tercinta kerana perlu pergi menunaikan perintah ALLAH SWT dan peristiwa penyembelihan anaknya, Nabi Ismail as..penerangan yang penuh beremosi tersebut telah banyak menuntun jiwa peserta...

MasyaALLAH...ana lihat sahabat ana, Tommy, mengalirkan airmatanya..subhanallah..malam yang begitu indah ana rasa..terasa diri ini hina..apalah sangat masalah ana jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan besar Nabi Ibrahim as dengan pengorbanan yang ana lakukan sekarang...mengalir luluh airmata ana kerana ana selama ini seakan mengeluh apabila diuji ALLAh...ampunkan ana ya Rabb...ana khilaf...

sayangnya, hamba ALLAH itu hanya bersama-sama menghadiri kem sehingga slot tengah hari sahaja kerana terpaksa beredar..ana ingin dia sama-sama mendengar kisah tersebut agar dia mengerti..tetapi ALLAh tidak memilih beliau untuk turut berada di situ..apa yang berlaku sepanjang beliau berada di situ biarlah menjadi rahsia ana..kerana untuk diceritakan di sini, jari ini sudah tidak mampu untuk menaip...patahnya jiwa ana bersama harapan palsu yang ditaburkan...

Ya Rabb, hamba Mu yang hina ini berserah diri padaMu..Kau ampuni segala kesilapan aku, Ya Rabb...aku banyak bermaksiat padaMu...mengabaikan perjuanganku...menzalimi diriku sendiri...Maha Suci Allah..peliharakan aku daripada kekecewaan ini...

Jumaat, 30 April 2010

Beri Aku Kekuatan.....

apa akan jadi selepas ini? sungguh, ana merasakan ujian Allah kali ini hebat benar...ana cuma harap diberi kekuatan untuk terus melangkah dan meneruskan hidup ini...dengan senyuman agar orang di sekeliling bisa gembira bersama ana...ana ingin jadi seperti dahulu..bisa tersenyum dan sentiasa ceria...tapi kehadiran kamu telah banyak merubah segalanya..ahh...tak kisahlah..ana dah tak peduli..apa nak jadi selepas ni, biar Allah yang tentukan untuk kita..ana dah tak nak berharap lagi dah...wat done is done k?

tapi mampukah ana melupakan pa yg dah terjadi? setiap kali Z (bukan nama sebenar) bertembung dengan ana, segala permasalahan kemnbali merajai pemikiran...sungguh janji yang kamu taburkan pada ana menyakiti diri ini...

pada kamu, berubahlah...jangan menyakiti hati kaum hawa lagi..kerana setiap yang berlaku akan menjadi perhitungan..berubahlah agar semua orang tidak membencimu..

Isnin, 29 Mac 2010

Maafkan Ana.........

" Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya..."

Ya ALLAH, tunjukkan aku.....

salam....
mungkin ini lah article pertama yang ana tulis di ruangan... ana tergerak hati nak menulis di sini kerana ingin berkongsi dengan nta orang semua...lately, banyak bnda berlaku dalam hidup ana...beratnya ujian ALLAH ini...ana harap diri ini mampu bertahan....
sukarnya untuk berfikir sekarang...lagu dalam playlist ana sekarang sudah berulang beberapa kali entah yang ke berapa...mungkin ana patut munajat.. ah...malunya ana nak menghadap NYA...banyak kesilapan yang ana buat sejak akhir-akhir ini....
hendak ana ceritakan di sini, tidak berdaya rasanya hendak meluah di sini...satu pinta ana, moga diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah yang telah ana buat ini....ini melibatkan periuk nasi orang... ALLAHuakbar..... berdosanya ana...

ya ALLAH...ampuni aku...berikan aku jalan untuk membersihkan kembali nama mas'ul ku...